Khamis, 24 September 2009

PERUBATAN MENGGUNAKAN KAYU SEPANG







KAYU SEPANG
Nama Tempatan: Sepang
Nama Saintifik: Caesalpinia Sappan L.
Nama Lain: Sepang merah, sappan wood, bakkum wood,bois de sappan(Perancis),to moc, cay vang (vietnam),tainniga(burma),sbeng(kemboja), su fang mu(china), palo de brazil(sepanyol),bakam(arab), pattanga(sanskrit)
Famili: caesalpiniaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Sepang digunakan dalam masyarakat melayu terutamanya untuk rawatan selepas bersalin. Ia digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman akibat proses bersalin. Kayu sepang direbus bersama air hingga mendidih dan diminum setiap pagi semasa pantang.Selain untuk menyembuhkan luka ia juga berperanan melancarkan kitar haid selepas bersalin.Ia juga digunakan untuk mengurangkan bengkak dan lebam.Ia boleh juga digunakan untuk mengubati jangkitan kulit seperti gatal-gatal. Air rebusan sepang juga digunakan untuk basuhan vagina untuk mengubati penyakit seperti keputihan.Air rebusannya juga diminum untuk mengubati penyakit seperti disentri.Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan persediaan herba ini melainkan mendapat nasihat pakar perubatan yang bertauliah.


Selasa, 22 September 2009



Kerabu Ikan
Hinava…(Asian delicacy)

1. Isi ikan ( Tenggiri, yu, pari dll bergantung pada tekstur isi )
2. Limau nipis
3. Lada besar (julian)
4. Lada padi (cincang)
5. Halia (dihiris julian)
6. Bawang merah (julian)
7. Peria (Sekiranya suka@dihiris nipis)
8. Vinegar (cuka jika perlu)
9. Garam dan perisa
10. Gula


Cara menyediakan sajian, mula-mula Isi ikan diambil dengan cara mengarut menggunakan sudu, cara ini dapat mengasingkan isi dari tulang ikan. Setelah isi ikan diperolehi, campurkan lada besar, lada padi, halia, bawang merah dan peria kedalam ikan tadi dan digaul sebati.
Akhir sekali perisa, garam, gula, air limau nipis dan sedikit cuka dimasukkan sekali dan digaul sama rata. Biarkan seketika dan sejukkan kerabu kedalam peti sejuk. Gaulkan sekali lagi sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba…..

…Chefbersamamu…

Sabtu, 19 September 2009


Honey Dew with Sago Cream

Bahan-bahan :

1. Fresh Honey Dew

2. Sago (telah di masak atau di kembangkan)

3. Vanilla Ice cream

4. Evaporate milk (Ideal Milk)

5. Brown Coconut sugar (gula Melaka yang telah dicairkan)

6. Water (sekiranya perlu)

Cara nak membuat;

Mula-mula kupaskan buah honey dew sehingga bahagian hijau tidak kelihatan. Kerana bahagian hijau buah tersebut akan menyebabkan rasa pahit pada manisan tersebut. Ambil setengah bahagian dari dalam buah tersebut dan dipotong kiub atau di scop bulat dengan acuan pembulat. Manakala lebihan buah tadi diblender dengan ice cream vanilla dengan sedikit air.

Masukkan kedalam pot dan dicampur adukkan dengan sago dan susu ideal. Akhir sekali tambahkan gula Melaka secukup rasa.

Selamat mencuba…..

Oleh : Chefbersamamu….


Isnin, 4 Mei 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Bunyinya macam belum terlambat lagi nak mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada semua warga yang berkerja tidak kira dimana pun mereka berada.

Kali ini saya akan meng-kongsikan sedikit resepi sempena Hari Pekerja Tahun ni.....

KERABU RUMPAI LAUT

150 gr            Rumpai Laut Kering ( Direndam dengan air semalaman )

8 Ulas             Onion Pickle (Jeruk Bawang)
1 Ulas             Bawang bombay
1 Biji               Cili Merah
5 Biji               Cili padi (Cabai)
10 keping      Pickle Lectuce
1 keping        kopak bunga kantan
1 keping        kopak serai (bahagian dalam yang lembut)

10 gr              belacan
5 biji              limau nipis

Gula,  garam, cuka secukup rasa.


Cara Menyediakannya

Potong rumpai laut kepada beberapa bahagian agar mudah dikunyah dan toskan. Hiriskan secara halus pada jeruk bawang, bawang bombay, cili merah, kopak bunga kantan dan kopak serai. Kemudian lecekan belacan bersama air limau serta cili padi sehingga menjadi satu campuran cecair dan jangan lupa mengcampurkan perisanya.. seperti gula, garam, dan cuka. Setelah itu, masukkan rumpai laut tadi bersama hirisan yang lain dan gaul serata-ratanya.

Isnin, 27 April 2009

Brownies Butter Cake With Chassew Nut.....

Baru-baru ni saya ada menyediakan sedikit makanan jamuan ringan di rumah bersama-sama dengan keluarga. Pada mulanya saya tengah berfikir apa nak buat dengan kacang jagus yang diberi oleh emak saya minggu lepas. Ini kerana agak sayang sangat kalau tidak digunakan sebaiknya..... Mahal tu ....
Jadi ... teng, teng..teng.....
Timbul lah perasaan nak buat high tea kat uma...

Brownies butter Cake With Chassew Nut....

180 gr Butter
140 gr Tepung naik sendiri
130 gr Gula halus
Esen Vanilla
1.5 sudu Browning paste
3 biji telur
100 gr Kacang Jagus

Pukul butter ,gula, esen vanila dan browning paste sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diadun . kemudian masukkan tepung dan gaulkan bersama kacang jagus dengan sudu kayu. sapukan buter dan tabur tepung pada loyang pembakar. Dan masukkan kedalam oven dengan kadar kepanasan 160 darjah celsius. tip : kalau bau mula naik, periksa adunan dengan kayu buluh. jika tidak terdapat adunan yang terlekat pada buluh tadi, maknanya dah masak dah tu..... boleh di keluarkan dari oven. dah siap pun... simplekan....

Ahad, 19 April 2009