Khamis, 15 Oktober 2009

Noodle......





KOLEKSI MASAKAN UNTUK MEE


Pengenalan

Noodle atau lebih sinonim dengan panggilan mee di kalangan kita merupakan makanan yang acapkali di pesan di kedai makan. Terdapat banyak cara menyediakan sajian dengan menggunakan bahan ini. Terdapat banyak produk dan bentuk mee yang dijual di kedai. Lazimnya terdapat dua jenis mee yang dip roses iaitu yang berbentuk kering(Pakej) dan basah(Segar). Namun terdapat jurang perbezaan rasa antara kering dengan yang basah(Segar). Kalau yang kering tu selalunya perlu direndam dengan air dahulu sebelum dimasak manakala yang basah(segar) boleh terus dimasak mengikut kehendak resepi. Walau bagaimanapun yang penting anda perlu tahu jenis mee yang anda ingin masak bersesuaian dengan resepi anda.

Biasanya mee kering digunakan pada masa kritikal sahaja iaitu ketika mee segar sukar untuk diperolehi pada masa tersebut. Namun apa yang anda perlu tahu ialah rasa mee kering tidak seenak mee segar. Ini kerana rasa mee kering agak tawar berbanding mee segar, maklumlah kalau direndam dengan air pasti rasanya akan larut lesap dalam air tersebut tambahan lagi bau tepung kering amat ketara. Masalah keduanya, sekiranya terendam terlalu lama, mee tersebut akan kembang dengan berlebihan dan rasanya tentu tidak enak untuk dimakan.

Terdapat pelbagai cara untuk menambah kelazatan mee sekiranya anda tahu cara memanipulasikan rasa tersebut. Dalam “Koleksi Masakan Untuk Mee” ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tip untuk memasak mee bersesuaian dengan resepi saya ini.

Dalam memperkatakan produk dan bentuk mee, anda pasti tertanya-tanya mee halus atau sinonim dengan panggilan mee hoon dikatogorikan dalam mee apa ya? Mee halus ataupun mee hoon tergolong dalam katogori yang sama, hanya bezanya saiz dan bahan yang digunakan dalam pembuatannya sahaja. Namun penggunaanya adalah tertakluk kepada penggemarnya sendiri. Sekiranya kurang minat dengan mee kasar, boleh beralih kepada mee halus.

Dalam pembuatan mee, bahan yang sering kali digunakan di tempat kita adalah dari tepung gandum dan ada juga daripada tepung beras. Pasti mempunyai perbezaan rasa bukan. Nah terserahlah kepada kita untuk menentukan citarasa masing-masing. Apa yang penting cara menyediakan juadah tersebut pasti berbeza mengikut bahan mee tersebut. Itu pun belum lagi kita bicara tentang Spegetti.

Bagi memulakan bahagian ini saya mulakan dengan masakan yang paling simple ;


FRIED NOODLE (dry)

Bahan-bahan;

1. Mee Segar (kasar) -2 genggam

2. Telur -1 biji

3. Daging atau seafood –telah dihiris nipis

4. Taugeh -segenggam

5. Kuchai -segenggam

6. Bawang putih (Dicincang) -2 biji

7. Kicap pekat

8. Sos tiram

9. Minyak bijan

10. Lada sulah

11. Minyak makan

Cara Menyediakannya;

Panaskan kuali sehingga betul betul panas (bukan sampai kuali berlubang ye..) kemudian masukkan satu sudu minyak makan. Saute rata mee kuning tadi sehingga bau seperti roti canai timbul dan pindahkan ke piring. Dalam keadaan kuali panas tadi masukkan minyak makan lebih kurang 5 sudu makan. Tumis bawang putih sehingga bau naik kemudian masukkan telur sebiji, kacau sehingga tekstur telur terlerai. Kemudian masukkan daging atau seafood dan gaul segingga masak.

Selepas itu barulah mee dimasukkan bersama-sama dengan kicap, sos tiram, berserta lada sulah. Tambah sedikit air @(Kalau boleh gunakan stok) untuk mudah disebatikan. Gaulkan sehingga masak dan akhir sekali masukkan taugeh, kuchai dan sedikit minyak bijan. Gaul sekali lagi sehingga sebati dan walaa.. Siap dah…


FRIED NOODLE (wet)

Bahan-bahan;

1. Mee Segar (kasar) -2 genggam

2. Daging atau seafood –telah dihiris nipis

3. Sayur daun

4. Mushroom

5. Bawang putih (Dicincang) -2 biji

6. Kanji (corn flour)

7. Garam

8. Sedikit perisa

9. Minyak bijan

10. Lada sulah

11. Minyak makan

Cara Menyediakannya;

Bahagian 1

Panaskan kuali sehingga betul betul panas (bukan sampai kuali berlubang ye..) kemudian masukkan satu sudu minyak makan. Saute rata mee kuning tadi sehingga masak dan wangi seperti roti canai dan pindahkan ke piring.

Bahagian 2

Kuah : Masukkan minyak makan 3-5 sudu kedalam kuali kemudian tumis bawang putih, diikuti dengan daging atau seafood serta mushroom. Kemudian tambahkan air secukupnya untuk membasahi mee itu nanti. Apabila airnya mula mendidih masukkan perisa, garam dan lada sulah. Bancuhkan sedikit kanji dengan air, masukkan kedalam kuah sedikit-demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat. kemudian masukkan sayur daun dan gaul sebati… walaa…

Bahagian 3

Tuangkan kuah yang masih panas tadi kedalam mee yang telah disediakan dalam bahagian 1.

FRIED NOODLE WITH EGG GRAVY(wet) @ WANTAN HO

Cara yang sama seperti menyediakan mee goreng basah tetapi ditambah dengan sebiji telur. Ketika menyediakan bahagian 2 seperti di atas. Setelah kuah mendidih, api dimatikan dengan cepat telur dipecahkan kedalam kuah sambil digaul perlahan-lahan. Dan penamatnya di bahagian 3 seperti diatas..