Ahad, 22 Mac 2009


Penuaian Halia

Sekali lagi kita bertemu, ya.... saya kongsikan sedikit gambar tentang penuaian halia yang dibuat tahun lepas. Dalam gambar disebelah seorang pelatih di pusat latihan sedang membersihkan hasil tuaian halia. Tapi hasil tu saya gunakan untuk dijadikan bibit tanaman untuk tahun ini.

Rasa-rasanya.... tidak lama lagi saya akan membawa info pertanian kedalam blog saya... itu pun ada kaitan dengan bahan masakan yang akan saya perkenalkan nanti.

Khamis, 19 Mac 2009

YAM RING

Helo..... kembali semula kedalam blog saya... sudah masuk dua minggu saya tidak dapat masuk kedalam blog saya gara-gara sedikit korosakan mekanikal pada router. Walau bagimanapun dalam tempoh tersebut saya telah mendapat sedikit penambahan resepi untuk di masukkan kedalam blog ini. Itu pun pasal ada permintaan dari ibu saya untuk menyediakan resepi tersebut. Agak lama juga saya tidak melakukan resepi ini. Hampir-hampir terlupa. Tetapi dengan percubaan yang agak baik juga saya mampu untuk melakukannya semula..... Aiseymen......

Okaylah bahan-bahannya.....

Yam (Ubi Keladi Cina) 1kg
  Tang Min Flour (Tepung Tang Min) 80gr
Magerine Planta 120gr
Minyak Bijan
Garam
Serbuk Gaharu (Hiong Fun) 5gr
Perisa (Ajinomoto)
Minyak Makan

Cara menyediakan :

      Mula-mula sekali, lakukan stim pada yam tadi sehingga lembut atau boleh di lecekkan. Ingat pastikan yam tadi tidak mengandung air yang banyak. Lecekkan yam tadi dengan menggunakan pengisar daging agar lecekannya halus dan tidak mengandungi ketulan. Setelah mendapat satu bentuk doh keladi..... campurkan Tang min flour, planta, minyak bijan, garam, serbuk perisa, serbuk gaharu.... dan adunkan dengan rata. Setelah itu bentukkan seperti cincin. Biasanya 1 Kg yam boleh membentuk 4 hingga 5 ring. Pastikan minyak sudah dalam keadaan panas sebelum ring terbentuk. Ini kerana setiap adunan haruslah digoreng terus selepas siap dibentuk cincin. Kalau lambat dimasukkan bentuk cruncynya tidak akan terbentuk.

     Mengawal api ketika mengoreng sangatlah penting agar ring tidak hangus...... Serbuk gaharu atau hiong fun boleh didapati di kedai ubat cina... ataupun dipanggil sinsang.

well, tha it's..... selamat mencuba... kalau ada pertanyaan sila respon dalam mail saya. 

Selasa, 3 Mac 2009

AYAM PANGGANG GAHARU

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam atau itik (dibersihkan jangan dipotong)
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 biji buah keras
  • 3 biji cili merah
  • 0.5 biji kelapa (dibuat kerisik)
  • 1 batang serai dititik
  • 5 helai daun limau purut
  • 0.5 biji kelapa (ambil empat cawan santan)
  • 2 biji asam limau diambil airnya.

Cara Membuatnya:

  1. Ketumbar dan jintan putih digiling halus. Bawang merah, putih, halia, dan buah keras juga digiling tetapi jangan terlampau halus. Cili dan kerisik juga digiling halus.
  2. Gaulkan semua bahan yang digiling bersama ayam, serai, garam dan daun limau ke dalam belanga, kemudian tuangkan santan ke dalam belanga dan kacau supaya sama bergaul. Kemudian masukkan ke dalam belanga dan jerangkan ke atas api. Jika ayam itu belum empuk dan santannya hampir kering bolehlah ditambahkan sedikit air. Tambahkan air asam bila sudah pekat dan ayam sudah empuk rasalah asam dan garamnya.
  3. Angkat ayam itu dari belanga kemudian panggang ayam tadi ke atas bara sambil direnjis kuah yang di dalam belanga tadi. Balik-balikkan hingga kuning kemudian boleh diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba...............


Ahad, 1 Mac 2009


HAINAN CHICKEN RICE WITH STEAM CHICKEN (10 PAX)

NASI AYAM CARA HAINAN DENGAN AYAM KUKUSAN

Resepi oleh : Chef Eddy

 

Nota : 10 Pax bermaksud untuk disajikan kepada 10 orang

Bahan mentah

1 ekor ayam bulat (Telah di bersihkan dan ayam mempunyai warna kulit kekuningan).

Lemak ayam yang di perolehi daripada ayam yang dimaksudkan di atas.

 

Segaran dari kebun(Fresh from garden)

Halia muda

Cili merah besar

Bawang putih

Daun ketumbar (Chinese pasley)

Daun bawang (Spring onion)

Timun (Cucumber)

 

Dari pasaraya

Majerin ( Sebaiknya gunakan majerin jenama PLANTA)

Minyak masak

Garam

Monosodiumglumite Ajinomoto atau Kiub pati ayam Maggie- (Ini bergantung kepada keperluan antara satu yang anda selesa untuk digunakan

Beras Burgantung kepada kemampuan yang penting ianya bukan beras pulut.

Minyak Bijan

 

CARA PENYEDIAAN SAJIAN

Steam Chicken (Ayam Kukusan)

    Terdapat dua cara menyediakan kukusan ayam ;

1.       Cara kukusan (Steam)

2.       Cara Rebusan – cara ini menyerupai cara kukusan dan lebi menjimatkan.

 

1.       Cara kukus

 

Cara ini biasanya menggunakan alat pengukus yang diperbuat daripada buluh dan diletakan diatas pada kawah yang berisi air. Sebelum meletakkan ayam bulat ke dalam alat pengukus tersebut, terlebih dahulu air mestilah telah di didihkan dan barulah ayam tersebut di masukkan kedalam pengukus tersebut. Kaedah ini mempunyai  kelebihannya yang tersendiri seperti rasa yang tidak teralir keluar dari ayam tersebut.

 

2.       Cara Rebusan

Cara rebusan ialah kaedah yang menggunakan cecair sebagai pengalir haba. Cara ini agak ringkas dan cepat tetapi pada kebiasaannya rasa ayam tersebut teralir keluar kepada cecair tersebut. Ini akan menyebabkan rasa ayam tersebut agak tawar sedikit berbanding kaedah kukus. Namun rasa tersebut masih dapat diperbaiki dengan cara menggunakan penambahan sos ketika menghidangkannya.

Caranya adalah seperti berikut; mula-mula air di didihkan dahulu dalam stock pot atau periuk . Periuk tersebut haruslah boleh menenggelamkan ayam bulat tersebut. Setelah air tersebut didih, barulah ayam boleh dimasukan kedalam periuk tersebut. Untuk mendapatkan aroma yang baik kepada rebusan ayam tersebut,  anda bolehlah menambah sedikit halia, leek, daun ketumbar, lobak, dll.

 

 

 

 

Nota : Pada peringkat ini garam atau perisa belum lagi dimasukkan

 

Nasi Ayam (Chicken Rice)

 

    Dalam menyediakan nasi ayam, anda mesti memahami kaedah memasak nasi dahulu. Mungkin anda boleh katakan anda dah pandai memasak nasi dari dulu lagi dan boleh dikatakan hari-hari menyediakan nasi sebagai hidangan harian. Jangan anda tersilap! Mungkin cara anda betul pada umumnya, tetapi ada lagi yang anda perlu tahu! Percaya atau tidak anda akan melaluinya nanti ketika menyediakan sajian ini.

    Bahan yang diperlukan dalam menyediakan nasi ayam ialah Beras, stock rebusan ayam, perisa (Garam & Kiub pati ayam), lemak ayam, halia, bawang putih dan magerin planta.

   Mula-mula beras dicuci dahulu, dan sementara itu lemak ayam akan dileburkan dalam kuali sederhana panas bersama dengan halia dan bawang putih. Semasa proses ini, minyak ayam beraroma akan dihasilkan.

    Minyak ayam ini bolehlah dicampurkan kedalam beras tadi. Selepas itu magerin planta dimasukkan kedalam beras bersama dengan stok kiub ayam dan garam secukup rasa. Selepas itu, cecair rebusan ayam akan dituang kedalam beras sehingga mencecah  sama ketinggian beras tadi. 

 

Tip : Pengaruh terhadap kepanasan cecair stock air ayam akan member kesan kepada proses pengembangan beras semasa masak. Oleh itu pekara ini haruslah diawasi agar nasi tidak terlalu lembut dan mungkin mentah.

 

 

Chicken rice sauce (Sos Nasi Ayam)

 

    Cara untuk menyediakan sos nasi ayam ; Halia muda dimayang, lada besar di buang bijihnya, cuka, garam dan gula. Halia muda di kisar bersama dengan lada besar serta dicampur dengan sedikit air, cuka dan garam.

 

Minyak Bawang Putih

 

    Tumis cincangan bawang putih dengan minyak makan dalam api sederhana panas. Sebelum bawang putih menjadi kering dalam minyak api bolehlah dipadamkan. Minyak ini digunakan sebagai dressing pada ayam kukus tadi. Minyak ini juga boleh diletak tiga hingga empat titik dalam sup yang dihidang bersama ayam tadi.

 

Minyak Bijan

   Minyak bijan digunakan sebagai dressing akhir setelah minyak bawang putih dan kicap manis disapu pada ayam.

 

Timun

    Diletak pada bawah potongan ayam sebelum dressing di letakan.

 

Daun Ketumbar (Chinese Pasley) & Spring Onion (Daun Bawang)

    Digunakan  dalam campuran sup.

 

Sup

   Air rebusan ayam tadi boleh digunakan sebagai hidangan sup nasi ayam. Cara menyediakan sup…

Masukkan kedalam mangkuk, bubuh garam dan perisa serta di dressing dengan daun ketumbar dan daun bawang.

 

Steam Eggs with Mix vegetable

STEAM EGGS WITH MIX VEGETABLE

Steam eggs with vergetable  ni merupakan resepi dari bonda saya.... Biasanya saya kepingin juga nak masak masakan yang selalu bonda saya buat. Maklumlah rindu kat mak... Tapi kali saya akan buat kelainan sedikit. Saya telah mengubah resepi ini kepada nafas baru. O.K kalau nak cuba sediakan bahan berikut.

Telur empat biji
Bawang Besar
Bawang Putih
Bawang goreng
Daun ketumbar
Daun bawang
Daging hancur ( Ayam Atau Lembu )
Mushroom. " Cendawan Tiram "
Minyak bawang
Air
Lada Putih
Garam
Serbuk Perisa " Ajinomoto "

   Mula-mula Tumis daging dengan bawang besar dan bawang putih, lepas itu ketepikan......
Pecahkan telur empat biji ke dalam loyang, masukkan air 2 cawan air pada telur tadi, masukkan daging yang ditumis tadi, cincang daun ketumbar, daun bawang dan mushroom dan, masukkan ke dalam telur tadi. Tambah perisa seperti garam, ajinomoto, minyak bawang dan bawang goreng padan telur tadi. Lepas tu whisk sampai sebati. Biasanya telur dibancuh terlebih dahulu sebelum bahan-bahan dimasukkan, tapi dalam bab ini kira bolehlah di bancuh kemudian.
   Okay...bab garam ni saya nak cerita sedikit.... kalau nak letak garampada telur biasanya perlu dijaga jumlahnya kerana telur biasanya akan akan memberi ransangan masin kepada si garam. Ini akan menyebabkan resepi telur jadi terlalu masin...
   Lepas semua ni dah selesai, bolehlah dimasukkan kedalam alat pengukus. Pastikan air didalam alat pengukus telah mendidih barulah telur dimasukkan ke dalam alat tersebut. Kukus selama 6 hingga 8 minit. bergantung kepada tahap kepanasan alat pengukus. Tapi yang pasti bentuk tekstur telur akan bertukar seperti lembut tauhu. Itu tandanya sesuai untuk dihidangkan. Selamat mencuba...