Ahad, 1 Mac 2009


HAINAN CHICKEN RICE WITH STEAM CHICKEN (10 PAX)

NASI AYAM CARA HAINAN DENGAN AYAM KUKUSAN

Resepi oleh : Chef Eddy

 

Nota : 10 Pax bermaksud untuk disajikan kepada 10 orang

Bahan mentah

1 ekor ayam bulat (Telah di bersihkan dan ayam mempunyai warna kulit kekuningan).

Lemak ayam yang di perolehi daripada ayam yang dimaksudkan di atas.

 

Segaran dari kebun(Fresh from garden)

Halia muda

Cili merah besar

Bawang putih

Daun ketumbar (Chinese pasley)

Daun bawang (Spring onion)

Timun (Cucumber)

 

Dari pasaraya

Majerin ( Sebaiknya gunakan majerin jenama PLANTA)

Minyak masak

Garam

Monosodiumglumite Ajinomoto atau Kiub pati ayam Maggie- (Ini bergantung kepada keperluan antara satu yang anda selesa untuk digunakan

Beras Burgantung kepada kemampuan yang penting ianya bukan beras pulut.

Minyak Bijan

 

CARA PENYEDIAAN SAJIAN

Steam Chicken (Ayam Kukusan)

    Terdapat dua cara menyediakan kukusan ayam ;

1.       Cara kukusan (Steam)

2.       Cara Rebusan – cara ini menyerupai cara kukusan dan lebi menjimatkan.

 

1.       Cara kukus

 

Cara ini biasanya menggunakan alat pengukus yang diperbuat daripada buluh dan diletakan diatas pada kawah yang berisi air. Sebelum meletakkan ayam bulat ke dalam alat pengukus tersebut, terlebih dahulu air mestilah telah di didihkan dan barulah ayam tersebut di masukkan kedalam pengukus tersebut. Kaedah ini mempunyai  kelebihannya yang tersendiri seperti rasa yang tidak teralir keluar dari ayam tersebut.

 

2.       Cara Rebusan

Cara rebusan ialah kaedah yang menggunakan cecair sebagai pengalir haba. Cara ini agak ringkas dan cepat tetapi pada kebiasaannya rasa ayam tersebut teralir keluar kepada cecair tersebut. Ini akan menyebabkan rasa ayam tersebut agak tawar sedikit berbanding kaedah kukus. Namun rasa tersebut masih dapat diperbaiki dengan cara menggunakan penambahan sos ketika menghidangkannya.

Caranya adalah seperti berikut; mula-mula air di didihkan dahulu dalam stock pot atau periuk . Periuk tersebut haruslah boleh menenggelamkan ayam bulat tersebut. Setelah air tersebut didih, barulah ayam boleh dimasukan kedalam periuk tersebut. Untuk mendapatkan aroma yang baik kepada rebusan ayam tersebut,  anda bolehlah menambah sedikit halia, leek, daun ketumbar, lobak, dll.

 

 

 

 

Nota : Pada peringkat ini garam atau perisa belum lagi dimasukkan

 

Nasi Ayam (Chicken Rice)

 

    Dalam menyediakan nasi ayam, anda mesti memahami kaedah memasak nasi dahulu. Mungkin anda boleh katakan anda dah pandai memasak nasi dari dulu lagi dan boleh dikatakan hari-hari menyediakan nasi sebagai hidangan harian. Jangan anda tersilap! Mungkin cara anda betul pada umumnya, tetapi ada lagi yang anda perlu tahu! Percaya atau tidak anda akan melaluinya nanti ketika menyediakan sajian ini.

    Bahan yang diperlukan dalam menyediakan nasi ayam ialah Beras, stock rebusan ayam, perisa (Garam & Kiub pati ayam), lemak ayam, halia, bawang putih dan magerin planta.

   Mula-mula beras dicuci dahulu, dan sementara itu lemak ayam akan dileburkan dalam kuali sederhana panas bersama dengan halia dan bawang putih. Semasa proses ini, minyak ayam beraroma akan dihasilkan.

    Minyak ayam ini bolehlah dicampurkan kedalam beras tadi. Selepas itu magerin planta dimasukkan kedalam beras bersama dengan stok kiub ayam dan garam secukup rasa. Selepas itu, cecair rebusan ayam akan dituang kedalam beras sehingga mencecah  sama ketinggian beras tadi. 

 

Tip : Pengaruh terhadap kepanasan cecair stock air ayam akan member kesan kepada proses pengembangan beras semasa masak. Oleh itu pekara ini haruslah diawasi agar nasi tidak terlalu lembut dan mungkin mentah.

 

 

Chicken rice sauce (Sos Nasi Ayam)

 

    Cara untuk menyediakan sos nasi ayam ; Halia muda dimayang, lada besar di buang bijihnya, cuka, garam dan gula. Halia muda di kisar bersama dengan lada besar serta dicampur dengan sedikit air, cuka dan garam.

 

Minyak Bawang Putih

 

    Tumis cincangan bawang putih dengan minyak makan dalam api sederhana panas. Sebelum bawang putih menjadi kering dalam minyak api bolehlah dipadamkan. Minyak ini digunakan sebagai dressing pada ayam kukus tadi. Minyak ini juga boleh diletak tiga hingga empat titik dalam sup yang dihidang bersama ayam tadi.

 

Minyak Bijan

   Minyak bijan digunakan sebagai dressing akhir setelah minyak bawang putih dan kicap manis disapu pada ayam.

 

Timun

    Diletak pada bawah potongan ayam sebelum dressing di letakan.

 

Daun Ketumbar (Chinese Pasley) & Spring Onion (Daun Bawang)

    Digunakan  dalam campuran sup.

 

Sup

   Air rebusan ayam tadi boleh digunakan sebagai hidangan sup nasi ayam. Cara menyediakan sup…

Masukkan kedalam mangkuk, bubuh garam dan perisa serta di dressing dengan daun ketumbar dan daun bawang.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan