Isnin, 30 November 2009


BURGER

Pengertian

Daging hancur yang dipanggang dan dikepit dengan dua keeping roti bersama salad… tu je yang saya pasti.

Pendahuluan

Namun kebanyakan jenis burger yang pernah saya makan sama ada di kaki lima kedai, pasar malam, maupun francais hampir mempunyai bentuk yang sama namun rasanya tetap ada kelainan.

Apa yang boleh saya buat sebagai kesimpulan, bentuk yang sama tidak semestinya mempunyai rasa yang sama. Bukan begitu…??!!. Ini mungkin cara menyediakan bahannya ada bedanya.

Walau bagaimananpun, saya mempunyai sedikit tip untuk dikongsikan serta bagi menyediakan home made burger.

Material yang diperlukan

Sekeping plat penggrill setebal ⅓ atau ⅔ cm

Spatulla atau scraper

Dapurgas

Bahan-bahan yang diperlukan

Burger bun ( Boleh didapati di kedai bakery )

Daging hancur ( Boleh didapati di kedai menjual daging beku)

Keju ( chedar atau mazarella ) mudah didapai ti supermarket

Bawang besar

Bawang putih

Serbuk lada hitam

Perisa ( garam, maggi seasoning ketchup. Meat Stock )

Buah tomato

Buah timun

Sayur lectuce

Butter atau majerine planta

Mayonise

Cili atau tomato ketchup

Cara menyediakan

Bun dibelah dua dan disapu dengan butter atau majerin dan dibakar pada grill plate. Awas jangan sampai hangus pula.

Manakala daging hancur dicampur dengan bawang hancur (fine chop), bawang putih hancur (Fine chop), sedikit serbuk lada hitam dan sedikit perisa. Adukkan sehingga sebati. Biasanya serbuk roti dicampur pada daging hancur. Tatapi kalau sayakan lidah orang Malaysia ni tak nak la campur dengan breadcrumb. Lebih enak kalau dipanggang begitu sahaja. Selepas itu bentukkan bebola daging dan dileperkan menjadi kepingan setebal 1 cm. Kepingan tadi bolehlah dipanggang pada kepingan plat tadi. Pastikan plat grill tadi tidak terlalu panas sehingga boleh menyebabkan hangus kelak.

Selepas itu, sedikit salad yang ringkas diletak atas bun tadi, bolehlah juga letak sedikit dressing seperti moyonise atau cili@tomato ketchup atau pun kedua-duanya sekali pada salad tadi.

Selepas 10 hingga 15 minit, daging tadi bolehlah diangkat dan diletak pada atas salad tadi. Letakkan sekeping keju pada daging yang masih panas itu tadi.

Akhir sekali, letakan kepala bun di atas keju tadi.

Walaaaaa……

Khamis, 15 Oktober 2009

Noodle......





KOLEKSI MASAKAN UNTUK MEE


Pengenalan

Noodle atau lebih sinonim dengan panggilan mee di kalangan kita merupakan makanan yang acapkali di pesan di kedai makan. Terdapat banyak cara menyediakan sajian dengan menggunakan bahan ini. Terdapat banyak produk dan bentuk mee yang dijual di kedai. Lazimnya terdapat dua jenis mee yang dip roses iaitu yang berbentuk kering(Pakej) dan basah(Segar). Namun terdapat jurang perbezaan rasa antara kering dengan yang basah(Segar). Kalau yang kering tu selalunya perlu direndam dengan air dahulu sebelum dimasak manakala yang basah(segar) boleh terus dimasak mengikut kehendak resepi. Walau bagaimanapun yang penting anda perlu tahu jenis mee yang anda ingin masak bersesuaian dengan resepi anda.

Biasanya mee kering digunakan pada masa kritikal sahaja iaitu ketika mee segar sukar untuk diperolehi pada masa tersebut. Namun apa yang anda perlu tahu ialah rasa mee kering tidak seenak mee segar. Ini kerana rasa mee kering agak tawar berbanding mee segar, maklumlah kalau direndam dengan air pasti rasanya akan larut lesap dalam air tersebut tambahan lagi bau tepung kering amat ketara. Masalah keduanya, sekiranya terendam terlalu lama, mee tersebut akan kembang dengan berlebihan dan rasanya tentu tidak enak untuk dimakan.

Terdapat pelbagai cara untuk menambah kelazatan mee sekiranya anda tahu cara memanipulasikan rasa tersebut. Dalam “Koleksi Masakan Untuk Mee” ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa tip untuk memasak mee bersesuaian dengan resepi saya ini.

Dalam memperkatakan produk dan bentuk mee, anda pasti tertanya-tanya mee halus atau sinonim dengan panggilan mee hoon dikatogorikan dalam mee apa ya? Mee halus ataupun mee hoon tergolong dalam katogori yang sama, hanya bezanya saiz dan bahan yang digunakan dalam pembuatannya sahaja. Namun penggunaanya adalah tertakluk kepada penggemarnya sendiri. Sekiranya kurang minat dengan mee kasar, boleh beralih kepada mee halus.

Dalam pembuatan mee, bahan yang sering kali digunakan di tempat kita adalah dari tepung gandum dan ada juga daripada tepung beras. Pasti mempunyai perbezaan rasa bukan. Nah terserahlah kepada kita untuk menentukan citarasa masing-masing. Apa yang penting cara menyediakan juadah tersebut pasti berbeza mengikut bahan mee tersebut. Itu pun belum lagi kita bicara tentang Spegetti.

Bagi memulakan bahagian ini saya mulakan dengan masakan yang paling simple ;


FRIED NOODLE (dry)

Bahan-bahan;

1. Mee Segar (kasar) -2 genggam

2. Telur -1 biji

3. Daging atau seafood –telah dihiris nipis

4. Taugeh -segenggam

5. Kuchai -segenggam

6. Bawang putih (Dicincang) -2 biji

7. Kicap pekat

8. Sos tiram

9. Minyak bijan

10. Lada sulah

11. Minyak makan

Cara Menyediakannya;

Panaskan kuali sehingga betul betul panas (bukan sampai kuali berlubang ye..) kemudian masukkan satu sudu minyak makan. Saute rata mee kuning tadi sehingga bau seperti roti canai timbul dan pindahkan ke piring. Dalam keadaan kuali panas tadi masukkan minyak makan lebih kurang 5 sudu makan. Tumis bawang putih sehingga bau naik kemudian masukkan telur sebiji, kacau sehingga tekstur telur terlerai. Kemudian masukkan daging atau seafood dan gaul segingga masak.

Selepas itu barulah mee dimasukkan bersama-sama dengan kicap, sos tiram, berserta lada sulah. Tambah sedikit air @(Kalau boleh gunakan stok) untuk mudah disebatikan. Gaulkan sehingga masak dan akhir sekali masukkan taugeh, kuchai dan sedikit minyak bijan. Gaul sekali lagi sehingga sebati dan walaa.. Siap dah…


FRIED NOODLE (wet)

Bahan-bahan;

1. Mee Segar (kasar) -2 genggam

2. Daging atau seafood –telah dihiris nipis

3. Sayur daun

4. Mushroom

5. Bawang putih (Dicincang) -2 biji

6. Kanji (corn flour)

7. Garam

8. Sedikit perisa

9. Minyak bijan

10. Lada sulah

11. Minyak makan

Cara Menyediakannya;

Bahagian 1

Panaskan kuali sehingga betul betul panas (bukan sampai kuali berlubang ye..) kemudian masukkan satu sudu minyak makan. Saute rata mee kuning tadi sehingga masak dan wangi seperti roti canai dan pindahkan ke piring.

Bahagian 2

Kuah : Masukkan minyak makan 3-5 sudu kedalam kuali kemudian tumis bawang putih, diikuti dengan daging atau seafood serta mushroom. Kemudian tambahkan air secukupnya untuk membasahi mee itu nanti. Apabila airnya mula mendidih masukkan perisa, garam dan lada sulah. Bancuhkan sedikit kanji dengan air, masukkan kedalam kuah sedikit-demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat. kemudian masukkan sayur daun dan gaul sebati… walaa…

Bahagian 3

Tuangkan kuah yang masih panas tadi kedalam mee yang telah disediakan dalam bahagian 1.

FRIED NOODLE WITH EGG GRAVY(wet) @ WANTAN HO

Cara yang sama seperti menyediakan mee goreng basah tetapi ditambah dengan sebiji telur. Ketika menyediakan bahagian 2 seperti di atas. Setelah kuah mendidih, api dimatikan dengan cepat telur dipecahkan kedalam kuah sambil digaul perlahan-lahan. Dan penamatnya di bahagian 3 seperti diatas..


Khamis, 24 September 2009

PERUBATAN MENGGUNAKAN KAYU SEPANG







KAYU SEPANG
Nama Tempatan: Sepang
Nama Saintifik: Caesalpinia Sappan L.
Nama Lain: Sepang merah, sappan wood, bakkum wood,bois de sappan(Perancis),to moc, cay vang (vietnam),tainniga(burma),sbeng(kemboja), su fang mu(china), palo de brazil(sepanyol),bakam(arab), pattanga(sanskrit)
Famili: caesalpiniaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Sepang digunakan dalam masyarakat melayu terutamanya untuk rawatan selepas bersalin. Ia digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman akibat proses bersalin. Kayu sepang direbus bersama air hingga mendidih dan diminum setiap pagi semasa pantang.Selain untuk menyembuhkan luka ia juga berperanan melancarkan kitar haid selepas bersalin.Ia juga digunakan untuk mengurangkan bengkak dan lebam.Ia boleh juga digunakan untuk mengubati jangkitan kulit seperti gatal-gatal. Air rebusan sepang juga digunakan untuk basuhan vagina untuk mengubati penyakit seperti keputihan.Air rebusannya juga diminum untuk mengubati penyakit seperti disentri.Wanita hamil tidak digalakkan menggunakan persediaan herba ini melainkan mendapat nasihat pakar perubatan yang bertauliah.


Selasa, 22 September 2009



Kerabu Ikan
Hinava…(Asian delicacy)

1. Isi ikan ( Tenggiri, yu, pari dll bergantung pada tekstur isi )
2. Limau nipis
3. Lada besar (julian)
4. Lada padi (cincang)
5. Halia (dihiris julian)
6. Bawang merah (julian)
7. Peria (Sekiranya suka@dihiris nipis)
8. Vinegar (cuka jika perlu)
9. Garam dan perisa
10. Gula


Cara menyediakan sajian, mula-mula Isi ikan diambil dengan cara mengarut menggunakan sudu, cara ini dapat mengasingkan isi dari tulang ikan. Setelah isi ikan diperolehi, campurkan lada besar, lada padi, halia, bawang merah dan peria kedalam ikan tadi dan digaul sebati.
Akhir sekali perisa, garam, gula, air limau nipis dan sedikit cuka dimasukkan sekali dan digaul sama rata. Biarkan seketika dan sejukkan kerabu kedalam peti sejuk. Gaulkan sekali lagi sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba…..

…Chefbersamamu…

Sabtu, 19 September 2009


Honey Dew with Sago Cream

Bahan-bahan :

1. Fresh Honey Dew

2. Sago (telah di masak atau di kembangkan)

3. Vanilla Ice cream

4. Evaporate milk (Ideal Milk)

5. Brown Coconut sugar (gula Melaka yang telah dicairkan)

6. Water (sekiranya perlu)

Cara nak membuat;

Mula-mula kupaskan buah honey dew sehingga bahagian hijau tidak kelihatan. Kerana bahagian hijau buah tersebut akan menyebabkan rasa pahit pada manisan tersebut. Ambil setengah bahagian dari dalam buah tersebut dan dipotong kiub atau di scop bulat dengan acuan pembulat. Manakala lebihan buah tadi diblender dengan ice cream vanilla dengan sedikit air.

Masukkan kedalam pot dan dicampur adukkan dengan sago dan susu ideal. Akhir sekali tambahkan gula Melaka secukup rasa.

Selamat mencuba…..

Oleh : Chefbersamamu….


Isnin, 4 Mei 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Bunyinya macam belum terlambat lagi nak mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada semua warga yang berkerja tidak kira dimana pun mereka berada.

Kali ini saya akan meng-kongsikan sedikit resepi sempena Hari Pekerja Tahun ni.....

KERABU RUMPAI LAUT

150 gr            Rumpai Laut Kering ( Direndam dengan air semalaman )

8 Ulas             Onion Pickle (Jeruk Bawang)
1 Ulas             Bawang bombay
1 Biji               Cili Merah
5 Biji               Cili padi (Cabai)
10 keping      Pickle Lectuce
1 keping        kopak bunga kantan
1 keping        kopak serai (bahagian dalam yang lembut)

10 gr              belacan
5 biji              limau nipis

Gula,  garam, cuka secukup rasa.


Cara Menyediakannya

Potong rumpai laut kepada beberapa bahagian agar mudah dikunyah dan toskan. Hiriskan secara halus pada jeruk bawang, bawang bombay, cili merah, kopak bunga kantan dan kopak serai. Kemudian lecekan belacan bersama air limau serta cili padi sehingga menjadi satu campuran cecair dan jangan lupa mengcampurkan perisanya.. seperti gula, garam, dan cuka. Setelah itu, masukkan rumpai laut tadi bersama hirisan yang lain dan gaul serata-ratanya.

Isnin, 27 April 2009

Brownies Butter Cake With Chassew Nut.....

Baru-baru ni saya ada menyediakan sedikit makanan jamuan ringan di rumah bersama-sama dengan keluarga. Pada mulanya saya tengah berfikir apa nak buat dengan kacang jagus yang diberi oleh emak saya minggu lepas. Ini kerana agak sayang sangat kalau tidak digunakan sebaiknya..... Mahal tu ....
Jadi ... teng, teng..teng.....
Timbul lah perasaan nak buat high tea kat uma...

Brownies butter Cake With Chassew Nut....

180 gr Butter
140 gr Tepung naik sendiri
130 gr Gula halus
Esen Vanilla
1.5 sudu Browning paste
3 biji telur
100 gr Kacang Jagus

Pukul butter ,gula, esen vanila dan browning paste sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diadun . kemudian masukkan tepung dan gaulkan bersama kacang jagus dengan sudu kayu. sapukan buter dan tabur tepung pada loyang pembakar. Dan masukkan kedalam oven dengan kadar kepanasan 160 darjah celsius. tip : kalau bau mula naik, periksa adunan dengan kayu buluh. jika tidak terdapat adunan yang terlekat pada buluh tadi, maknanya dah masak dah tu..... boleh di keluarkan dari oven. dah siap pun... simplekan....