Hari ni saya akan kongsikan resepi :
UMBUS MASAK LEMAK
(UMBUS=Pucuk Ubi)
Bahan-bahannya;
Pucuk Ubi Kayu
Nota: Untuk peringatan, terdapat beberapa jenis pucuk ubi kayu yang boleh digunakan dan sesuai tetapi ada juga terdapat beberapa jenis pucuk ubi kayu yang tidak di rekomendasikan kerana boleh memudaratkan kesihatan. Sila rujuk web ini yang mengandungi maklumat berikut. Dalam pada itu hanya segelintir sahaja species yang beracun di Malaysia, itu pun kat hutan tebal. Tapi yang pasti dekat rumah tu boleh dipakai, jangan je namanya ubi kayu planta atau magerine. Ingat kalau hendak memilih pucuk pastikan daunnya muda dan tidak tua. Cara nak menilainya dengan melihat warna daunnya pastikan berwarna hijau muda dan ketika hendak memetiknya mudah untuk mematahkan tangkainya.
Minyak masak
Bawang putih
Ikan masin (ikan yang dikeringkan dengan garam)
Bawang besar
Bawang merah
Lada besar
Santan
Garam
Serai
Serbuk perisa (Ajinomoto)
Cara menyediakan sajian;
Asingkan daun ubi dengan tangkai dan cuci. Ingat daunnya sahaja jangan ikutkan apa-apa dahan kah, tangkai kah.. hanya daun je ya... kemudian tumbuk lumat dalam lesung. Setelah itu blender "bawang besar + bawang merah + Lada besar+air". tinggalkan dahulu. Potong ikan masin sebesar jari kelingking dan rendamkan dan toskan. Hiris bawang putih.
Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan, tumis ikan masin tadi dan apabila bau mula naik, masukkan bawang putih. Bila bawang putih mula mengering dan kekuningan, bolehlah diangkat naik dan ketepikan dahulu. Minyak ikan masin tadi bolehlah digunakan untuk menumis serai dan hasil blender anda tadi "bawang besar + bawang merah + Lada besar+air" . Ketika menumis, pastikan sampai minyak naik dahulu barulah masukkan daun ubi. Minyak naik ke atas menunjukkan bawang yang diblender tadi sudah masak.
Selepas tu, masukkan santan dan garam dan serbuk perisa. Apabila daun sudah masak, penamatnya ialah ikan masin tadi dimasukkan kedalam masakan tadi. Gaulkan...
Dan itulah dia Umbus masak lemak... Untuk pengetahuan kalau ada duit lebih, sebenarnya anda boleh menambah bahan campurannya untuk melazatkannya lagi....
your recipe remind me old fashion time.
BalasPadamTerima kasih kerana memberi komen tersebut. Ya memang resepi ini dari masa lampau punya... Kalau musim dikampung tu masakan ni tak pernah jemu punya, asal pulang je kat kampung mesti cari punya.Boleh dikatakan wajib. Walau bagaimanapun terima kasih atas sokongan anda.
BalasPadam