Rabu, 25 Februari 2009

UMBUS MASAK LEMAK

Hai, hai, hai...... ingat lagi ikan badus pada hari kelmarin... Okay hari ni saya akan kongsikan satu lagi resepi saya di musim kocek kering. Yalah kan bila dah dekat hujung bulan dan gaji belum keluar biasanya dapur pun serba kekurangan dan kat ice box pun apa kurangnya. Jadi saya kongsikan sedikit resepi yang boleh membantu anda di musim kocek kering.
   Hari ni saya akan kongsikan resepi :

UMBUS MASAK LEMAK
(UMBUS=Pucuk Ubi)

Bahan-bahannya;

Pucuk Ubi Kayu
Nota: Untuk peringatan, terdapat beberapa jenis pucuk ubi kayu yang boleh digunakan dan sesuai tetapi ada juga terdapat beberapa jenis pucuk ubi kayu yang tidak di rekomendasikan kerana boleh memudaratkan kesihatan. Sila rujuk web ini yang mengandungi maklumat berikut. Dalam pada itu hanya segelintir sahaja species yang beracun di Malaysia, itu pun kat hutan tebal. Tapi yang pasti dekat rumah tu boleh dipakai, jangan je namanya ubi kayu planta atau magerine. Ingat kalau hendak memilih pucuk pastikan daunnya muda dan tidak tua. Cara nak menilainya dengan melihat warna daunnya pastikan berwarna hijau muda dan ketika hendak memetiknya mudah untuk mematahkan tangkainya. 

Minyak masak
Bawang putih
Ikan masin (ikan yang dikeringkan dengan garam)
Bawang besar
Bawang merah
Lada besar
Santan
Garam
Serai
Serbuk perisa (Ajinomoto)

Cara menyediakan sajian;
 Asingkan daun ubi dengan tangkai dan cuci. Ingat daunnya sahaja jangan ikutkan apa-apa dahan kah, tangkai kah.. hanya daun je ya... kemudian tumbuk lumat dalam lesung. Setelah itu blender "bawang besar + bawang merah + Lada besar+air". tinggalkan dahulu. Potong ikan masin sebesar jari kelingking dan rendamkan dan toskan. Hiris bawang putih. 

Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan, tumis ikan masin tadi dan apabila bau mula naik, masukkan bawang putih. Bila bawang putih mula mengering dan kekuningan, bolehlah diangkat naik dan ketepikan dahulu. Minyak ikan masin tadi bolehlah digunakan untuk menumis serai dan hasil blender anda tadi  "bawang besar + bawang merah + Lada besar+air" . Ketika menumis,  pastikan sampai minyak naik dahulu barulah masukkan daun ubi. Minyak naik ke atas menunjukkan bawang yang diblender tadi sudah masak. 

Selepas tu, masukkan santan dan garam dan serbuk perisa. Apabila daun sudah masak, penamatnya ialah ikan masin tadi dimasukkan kedalam masakan tadi. Gaulkan...

Dan itulah dia Umbus masak lemak... Untuk pengetahuan kalau ada duit lebih, sebenarnya anda boleh menambah bahan campurannya untuk melazatkannya lagi.... 



Selasa, 24 Februari 2009

Hari ini saya akan kongsikan satu masakan baru saya. Ceritanya begini, kelmarin saya dengan seorang kawan sekerja saya telah pergi ke sebatang anak sungai untuk melihat " pansok " kot-kot tersangkut la dengan ikan badus......
   Jadi disuruhnya saya membawa ikan tersebut untuk dimasak kat rumah saya, kebetulan minggu lepas saya baru saja terfikirkan tentang satu resepi masakan ikan. Jadi saya cuba untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Nak tahu apa cerita selanjutnya... nanti saya ceritakan.
   Berikut adalah resepi tersebut :

Ikan Haruan In Thai sauce


1 ekor ikan Haruan (1.9Kg)
Tepung Jagung (Corn Flour)
Tepung Kastard (Custard Powder)
Asam jawa (Tamarind sauce)
Tom Yam Paste
Gula 
Garam
Perisa (Monosodium)
White papper powder (Serbuk lada putih)
Minyak Masak

Resepi ini mudah saja dan sedap

Mula-mula Ikan dibersihkan dahulu dan dipotong sebesar 1 inci dan setebal 1/4 inci.
Isi ikan tadi akan digaulkan dengan asam jawa, garam dan lada putih. Tip ini adalah untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut. Biarkan selama 15 minit diperap dan cuci serta toskan.
   Setelah isi tadi ditoskan masukkan garam, perisa dan lada putih sekali lagi dan gaulkan. Setelah digaul, masukkan tepung kastard bercampur tepung jagung dengan ratio 50:50 . Pastikan isi ikan tersalut dengan tepung. Isi ikan tadi bolehlah di goreng pada api sederhana.
   Setelah isi ikan digoreng letakkan kesisi dahulu. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak, tumiskan paste tomyam sebanyak 3.5 sudu besar kedalam kuali sehingga baunya naik dan masukkan air segelas ( Kalau suka campur dengan bawang besar, boleh tumis dahulu sebelum memasukkan paste tadi ). Biarkan sehingga didih. Setelah didih, masukkan gula sebanyak4 sudu makan kacaukan sedikit untuk melarutkan gula tadi. Setelah itu barulah isi ikan tadi dimasukkan kedalam kuali  bersama dengan sosnya. Gaulkan sehingga cecair tadi pekat.
   Setelah pekat bolehlah dihidangkan.....

   Ohyaa... Sambungan cerita tadi, Apa lagi sekali dihidangkan kat dia..WoW besar lah dia...

Khamis, 19 Februari 2009

Serangkai-kata dari penulis


Salam sejahtera kepada pengunjung blog ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kerana memilih blog saya sebagai rujukan. Dalam pada itu saya ingin menghadiahkan sedikit resepi khas saya kepada pengunjung blog saya. Sila clik disini untuk mendapatkan hadiah dari  saya.
     Setelah lama saya menjelajah, disamping bekerja sebagai seorang chef saya telah melakukan sedikit kajian tentang rahsia di sebalik masakan yang saya hidangkan. Kadangkala saya juga terfikir tentang perbezaan antara masakan dari lain daerah dengan menu yang sama. Pasti anda juga terfikir tentang perbezaan nasi ayam di Kota Kinabalu dengan Sandakan ada perbezaannya. Prawn Friters di Keningau dengan Prawn Friters di Nabawan berbeza rasa dan tekstur... Mengapa??!!
    Dengan melakukan sedikit research anda juga pasti dapat mencari jawapannya. Tetapi anda harus ingat bahawa setiap perubahan menu asli tersebut akan membawa kepada perbezaan rasa dan menu tersebut harus digubah namanya. Ini akan mendapatkan lagi satu nama menu baru contohnya Prawn Friters kepada Nabawan style Prawn Friters. Adakah anda setuju? Inilah dikatakan kesenian masakan. Walau bagaimana pun kita haruslah menghormati kesenian yang dicipta oleh seseorang itu.
    Dalam blog ini anda akan mengikuti perkembangan terbaru resepi saya dan juga dapat mempelajari sedikit sebanyak cara menyediakan sajian-sajian enak dari saya.