Baru-baru ni saya ada menyediakan sedikit makanan jamuan ringan di rumah bersama-sama dengan keluarga. Pada mulanya saya tengah berfikir apa nak buat dengan kacang jagus yang diberi oleh emak saya minggu lepas. Ini kerana agak sayang sangat kalau tidak digunakan sebaiknya..... Mahal tu ....
Jadi ... teng, teng..teng.....
Timbul lah perasaan nak buat high tea kat uma...
Brownies butter Cake With Chassew Nut....
180 gr Butter
140 gr Tepung naik sendiri
130 gr Gula halus
Esen Vanilla
1.5 sudu Browning paste
3 biji telur
100 gr Kacang Jagus
Pukul butter ,gula, esen vanila dan browning paste sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diadun . kemudian masukkan tepung dan gaulkan bersama kacang jagus dengan sudu kayu. sapukan buter dan tabur tepung pada loyang pembakar. Dan masukkan kedalam oven dengan kadar kepanasan 160 darjah celsius. tip : kalau bau mula naik, periksa adunan dengan kayu buluh. jika tidak terdapat adunan yang terlekat pada buluh tadi, maknanya dah masak dah tu..... boleh di keluarkan dari oven. dah siap pun... simplekan....
Isnin, 27 April 2009
Ahad, 19 April 2009
Isnin, 13 April 2009
Isnin, 6 April 2009
Rabu, 1 April 2009
Dah masuk 2 minggu saya sibuk dengan penyelarasan kursus di pusat. Nampaknya agak lama juga saya tidak masuk dalam blog ni....... walau bagaimanapun minggu lepas salah seorang peserta kursus yang juga kaki pancing telah saya bawa untuk melihat kawasan lubuk memancing saya.
Mula-mula tu saya agak sangsi juga dengan ketererannya dalam memancing, tapi tak disangka dia dapat empat ekor ikan haruan...... dengan cara casting pula tu.....
Lepas memancing, hasilnya diberi dengan saya pula tu..... Wah..!!!! untungnya aku.... sekarang ikan tu ada kat peti sejuk... Rekod berat seekor ikan yang dicatat untuk lubuk saya telah pun dipecah dari 1.1KG kepada 1.5KG...
Harap-harap rekod ini dapat saya atasi dimasa akan datang....
Langgan:
Catatan (Atom)