BURGER
Pengertian
Daging hancur yang dipanggang dan dikepit dengan dua keeping roti bersama salad… tu je yang saya pasti.
Pendahuluan
Namun kebanyakan jenis burger yang pernah saya makan sama ada di kaki
Apa yang boleh saya buat sebagai kesimpulan, bentuk yang sama tidak semestinya mempunyai rasa yang sama. Bukan begitu…??!!. Ini mungkin cara menyediakan bahannya ada bedanya.
Walau bagaimananpun, saya mempunyai sedikit tip untuk dikongsikan serta bagi menyediakan home made burger.
Material yang diperlukan
Sekeping plat penggrill setebal ⅓ atau ⅔ cm
Spatulla atau scraper
Dapurgas
Bahan-bahan yang diperlukan
Burger bun ( Boleh didapati di kedai bakery )
Daging hancur ( Boleh didapati di kedai menjual daging beku)
Keju ( chedar atau mazarella ) mudah didapai ti supermarket
Bawang besar
Bawang putih
Serbuk lada hitam
Perisa ( garam, maggi seasoning ketchup. Meat Stock )
Buah tomato
Buah timun
Sayur lectuce
Butter atau majerine planta
Mayonise
Cili atau tomato ketchup
Cara menyediakan
Bun dibelah dua dan disapu dengan butter atau majerin dan dibakar pada grill plate. Awas jangan sampai hangus pula.
Manakala daging hancur dicampur dengan bawang hancur (fine chop), bawang putih hancur (Fine chop), sedikit serbuk lada hitam dan sedikit perisa. Adukkan sehingga sebati. Biasanya serbuk roti dicampur pada daging hancur. Tatapi kalau sayakan lidah orang
Selepas itu, sedikit salad yang ringkas diletak atas bun tadi, bolehlah juga letak sedikit dressing seperti moyonise atau cili@tomato ketchup atau pun kedua-duanya sekali pada salad tadi.
Selepas 10 hingga 15 minit, daging tadi bolehlah diangkat dan diletak pada atas salad tadi. Letakkan sekeping keju pada daging yang masih panas itu tadi.
Akhir sekali, letakan kepala bun di atas keju tadi.
Walaaaaa……